Thursday, March 22, 2012

Cerai

Cerai

Isu ni sensitif tapi niat hanya untuk berkongsi kerana inilah dunia realiti. inilah yang banyak berlaku dikalangan masyarakat sekarang ni. Minta di jauhkan lah dari pasangan suami isteri sekarang. kekalkanlah mahligai indah yang di bina itu.
Mungkin kita biasa tengok artis2 malaysia bercerai berai dengan senang jer. bulan ni cerai, bulan depan kahwin dengan orang lain pulak. itu sebab dia banyak duit. memang nampak mudah.
selain artis pon, orang biasa pon ramai yang bercerai, nampak macam semudah abc je..tapi sebenarnya rumit dan amik masa.
ikut kajian dan purata satistik dari jabatan agama islam seluruh malaysia ni, setiap 3 minit penceraian berlaku setiap hari. sesuatu yang tak patut dan tak ingini berlaku pada setiap insan.bayangkan berapa kes berlaku sepanjang tahun.
tapi sapelah kita nak menolak semua itu.
sejak kebelakangan ni, ada 2, 3 orang antara kawan2 aku yang nak mengakhiri alam perkahwinan mereka di atas sebab2 yang tertentu. Aku selalu ingatkan, jangan, bukan mudah hidup seorang janda ni..kalau boleh elakkan lah dari berlaku. memang aku tak layak untuk berkata begitu sebab aku sendiri pun bercerai, tapi itu kerana, aku punya sebab sendiri yang sangat kukuh kenapa aku bercerai. bukan senang sebenarnya nak bercerai dan banyak benda yang kene pikir selain dari diri sendiri, anak2 di antaranya, sumber rezeki pon sama penting jugak, masa depan yang paling utama..semua tu adalah elemen2 yang harus di fikirkan bila hati terdetik untuk berpisah dan pabila perpisahan berlaku..
Bulan ni genap setahun aku bercerai ,kalau cerita bab dugaan, dugaan yang datang cukup hebat. kalau tak kuat, mau jatuh tersungkur , rebah dan tak mampu buat apa2, hanya mampu menangis dan meratap nasib saja. dugaan yang paling utama dah tentulah emosi, ke2 perselisihan faham antara dengan bekas suami yang kadang2 dia masih ingat yang perempuan itu adalah isterinya, sifat cemburu yang menebal tak dapat di sorokkan dari percakapan dan tingkah laku, bagai di dalam hati dan di matanya, semuanya serba tak kene pada si bekas isteri itu, sentiasa mencari salah untuk menutup kesalahan diri sendiri.. pergerakkan terasa sentiasa di kawal seperti masih menjadi isteri kepadanya. letih melayan benda yang remeh temeh begitu. Tapi itulah namanya dugaan. Perkara ke3, adalah bila terkenangkan masa depan anak2, buntu, sesak fikiran bila fikirkan mereka, macam2 terbayang dalam fikiran, macamane mereka di sekolah pabila cikgu2, rakan2 tau kedudukan dan status mak ayahnya..mesti dia menanggung bebanan emosi yg sarat dengan kesedihan dan rasa rendah diri..perkara yg ke4, sudah tentu, punca rezeki..mula terfikir ape yang patut di buat untuk menambahkan pendapatan bulanan pabila sudah bergelar duda ataupon janda. bukan mudah sebenarnya membawa status itu..sentiasa rasa lain, bila mana berurusan dengan jabatan2 awam yang berkehendakan maklumat peribadi kita.  terutama ketika mengisi borang yang berkenaan dengan diri kita. pandangan orang yang membacanya dah tentu lain dari yang biasa. malu itu tak dapat di sorok lagi tika itu .apa yang mampu di buat , hanya senyum walau dalam hati terasa kekurangannya di situ. Perkara yang ke5, perbetulkan apa yang kurang dalam diri sendiri, contoh sebelum ni kita bersifat negatif. Apa yang perlu di buat, tukarkan sifat2 tu menjadi positif . Contoh dulu selalu moody, sekarang ni kene makin ceria, dulu kuat cemburu, mestilah cemburu kan sebab masing2 saling memiliki hak sebagai suami dan isteri skrg ni tak perlu cemburu lagi sebab perlu terima hakikat yg masing2 ada haluan sendiri, banyak aspek yang perlu betulkan. tetapi kadangkala cerai juga boleh menukar sikap seseorang tu kepada yang dia bukan diri dia yang dulu. Dalam maksud dan pengertiannya itu, cuma contoh yang paling hampir, kalau dia dulu penakut, tapi sekarang semakin berani ..dulu sabar, sekarang cepat marah..Sifat2 yang ke arah bertentangan..kadang2 sifat2 tu bukan dia sendiri yang nak, tapi semuanya itu, melibatkan emosi seseorang yang masih belum stabil lagi.
Memang bukan mudah proses bercerai, ingin kongsikan pengetahuan serba sikit tentang cerai ini
pertama sekali, masalah rumah tangga bukanlah sesuatu yang sesuka hati yang boleh di heboh2 pada orang lain sebab banyak benda yang boleh mempengaruhi permasalah itu, ada rakan yang boleh memberi nasihat tapi dalam masa yang sama dia juga dalang yang menyebarkan kisah hidup kita, ada juga rakan sedih depan kita, tapi dia juga batu api yang inginkan kita berpisah, dari itu cara yang terbaik, eloklah mengadu pada tempat yang betul, di jabatan agama islam. di mana para ustaz dan ustazah yang terdiri dari orang yang berpengalaman serta berilmu tentang permasalahan ini. Di situ lebih baik sebab segala maklumat dan cerita kita mungkin dapat dibantu dan dapat pandangan yang betul oleh mereka. selepas cerita kita didengar, akan ada sesi kaunseling untuk kita dan pasangan sebelum berlakunya penceraian. sekiranya tidak dapat capai kata sepakat, berpisahlah cara baik di mahkamah. sekiranya berpisah di luar mahkamah maka,
Proses yang pertama yang harus di buat, ialah melaporkan penceraian di mahkamah, dan pendaftaran cerai harus di buat selepas bercerai dan limitnya laporan itu adalah 7 hari. masa dan tarikh serta lafaz atau cara penceraian berlaku adalah maklumat yang sangat2 penting yang perlu kita ingat.
Bayaran proses sebanyak rm25 akan dikenakan pabila kita dah mengisi borang pendaftaran cerai tersebut. Borang juga akan diberi bukan terus di isi, malah harus di taip semula dalam komputer dan print, dan barulah diserahkan pada pihak mahkamah. apabila proses tu dah di buat pihak mahkamah akan menghantar surat yang di panggil "saman" kepada pihak defendan buat bekas pasangan itu .kita pula di gelar sebagai plaintif, orang yang mengemukakan aduan dahulu.
Setelah saman di hantar, maka bekas pasangan haruslah akur ke atas panggilan mahkamah itu, sekiranya tidak hadir, mahkamah akan menghantar saman lagi buat kali ke 2 dan 3. Sekiranya panggilan yang ke3
 tiada maklum balas, atau dia tidak hadir, maka mahkamah boleh membuat sebarang keputusan yang wajar buat pihak plaintif.
tetapi sekiranya dia hadir, mahkamah akan menyebut kes di depan tuan hakim yang bersaksikan banyak mata di dalam dewan mahkamah itu, dengan akuan angkat sumpah dan menjawab segala pertanyaan tuan hakim maka berkatalah benar di dalam kandang kecil itu . selepas mahkamah mendengar segala hujah berkenaan, ianya akan membuat pengesahan di masa itu juga tentang lafaz dan status anda dan bekas pasangan samada masih sah suami isteri atau pun tidak. selepas dari itu, mahkamah akan menetapkan 1 tarikh untuk proses sulh pula, proses ini akan berlaku pabila si bekas isteri atau pon bekas suami membuat tuntuan nafkah. Proses sulh ni bertujuan untuk mencari kata sepakat atau di panggil sebagai proses pendamaian antara ke2 belah pihak supaya tidak timbul perbalahan yang berpanjangan dalam apa jua isu yang mungkin akan timbul selepas bercerai contoh anak dan nafkah. Proses ini di anggap perjanjian dunia dan akhirat supaya bekas pasangan setuju dan redha atas segala yang sudah pon berlaku. Tidak perlu ada istilah ungkit mengungkit kerana plaintif meminta secara baik dan defenden bersetuju dan akur kepada apa yang di minta secara ikhlas dari hatinya. Buatlah keputusan untuk jangka masa panjang bagi diri sendiri serta anak2 juga masa depan mereka, haruslah ada semua perjanjian ini. Maka permohonan tuntuan hendaklah di buat di 2 mahkamah, 1 di mahkamah rendah , manakala 1 lagi di mahkamah tinggi .setiap borang tuntutan perlu di bayar sebanyak rm25.00. Kalau ada 5 tuntutan, darabkan saja. Untuk makluman, tuntutan harta sepencarian dan hak jagaan anak haruslah di buat di mahkamah tinggi, manakala, nafkah eddah, nafkah mutaah serta nafkah anak2 hendaklah di buat di mahkamah rendah. Bukan senang untuk menang semua tuntutan . Maka, mohonlah berdasarkan kemampuan bekas pasangan .kalau nak lantik peguam, memang mahal, boleh cecah 3 ribu ke atas untuk itu.tapi fikirkanlah cara lain, carilah 1 altenatif supaya permohonan ini berjalan lancar dan berjaya. Pergi ke  tempat yang mempunyai kepakaran dalam membuat surat2 untuk proses mahkamah. bayarannya agak mahal juga, tapi masih boleh tahan lagi jika di bandingkan dengan pasang peguam . ada 1 cara lagi yang boleh di buat iaitu dengan pasang peguam dari biro guaman , proses ini tiada bayaran untuk lantik peguam itu, cuma proses tuntuan ini akan amik masa yg sgt lama, lebih kurang dalam setahun pun ada..macamne nak atur hidup kalau dlm jangka masa setahun tu kita tak dapat nafkah untuk sara diri dan anak2. maka  di kenekan bayaran sebanyak rm350 untuk 1 tuntutan, bergantung kepada tempat.  ketika semua dokumen siap. Semua dokumen tuntuan harus ada 1 salinan, 1 untuk diri sendiri, 1 untuk mahkamah, 1 untuk salinan di firma gumanan, untuk rujukannya sekiranya salinan kita hilang, proses dia siapkan segalanya adalah 2 minggu kerana bergantung kepada banyak mana kes yang dia perlu buat pada minggu tu..benda ni semuanya memerlukan pengorbanan dari segi masa, wang ringgit ,serta tenaga untuk ke sana sini. Yang perlu ada dalam diri tika itu, semangat, niat yang betul serta tekad untuk kebaikan anak2 dan diri sendiri di masa hadapan. Setelah dokumen tuntutan dah diserah kepada pihak berwajib, akan ada seseorang yang telah di lantik oleh pihak mahkamah datang jumpa kita untuk menyerahkan surat serahan tangan yang menyatakan tarikh sekian2 yang perlu kita hadir di mahkamah. setelah itu proses sulh bermula, berbincang dalam 1 bilik yang hanya bersaksikan 6 mata sahaja. Pegawai mahkamah yang di lantik dan bekas pasangan itu sahaja. sekiranya telah mencapai kata sepakat, perjanjian akan terus di buat , setelah di tandatangi. terus ke ke dewan bicara untuk sebutan tuntutan, sekali lagi akan di perhatikan oleh orang2 dalam yang ada dalam dewan tersebut yang mempunyai macam2 kes yang berkaitan dengan syariah. setelah itu, perjanjian yang sah akan termetri pabila perintah mahkamah di keluarkan untuk di simpan oleh plaintif.1 tuntutan berbeza amaunnya. untuk mahkamah tinggi sahaja pelu membayar lebih kurang 100 lebih untuk surat 2 perintah tersebut.  Perintah itu harus di simpan untuk kegunaan plaintif ,sekiranya ada berlaku perkara yang bertentangan dengan perjanjian tersebut ,maka bolehlah gunakanya dengan proses ke mahkamah semula. kesimpulannya bukan mudah proses penceraian.


* ingat 1, tiada manusia pun yang sempurna di muka bumi ini, maka lihatlah kesalahan diri sendiri dulu dari asyik menyalahkan orang lain 

No comments: